KLUANG: Susulan video tular yang memaparkan aksi ”terlampau” seorang penunggang motosikal kerana melakukan onani di tempat awam pada 17 September lalu, akhirnya ditahan polis, semalam.
Suspek seorang lelaki tempatan ditangkap di Taman Intan di sini, kira-kira 1.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif.
“Polis telah melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
“Polis telah mengesan satu video tular yang berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1 pagi.
“Suspek telah melakukan perbuatan onani di sekitar Taman Delima, di sini.dan kes disiasat dibawah Seksyen 377 D Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, jika suspek disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.