JOHOR BAHRU: Bekas peserta rancangan realiti komedi sebuah stesen televisyen berbayar, ditahan polis dipercayai berkaitan kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan itu ketika dihubungi, hari ini.
“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di sekitar bandar raya ini awal pagi tadi.
“Suspek ditahan awal pagi tadi dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Kes dalam siasatan dan telah benarkan ditahan reman selama lima hari mulai hari ini hingga 2 Disember depan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.