Tumpuan :
Jenayah

Bapa disyaki rogol anak sejak 10 tahun lalu ditahan

Foto hiasan

TELUK INTAN: Perbuatan terkutuk seorang bapa merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu di Changkat Jong di sini terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 56 itu telah direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa kini berusia 21 tahun dirogol bapanya sejak berusia 11 tahun dengan kejadian terakhir pada 17 Januari lalu.

“Suspek sudah bercerai dengan isterinya ketika mangsa berusia enam tahun. Mangsa mendakwa suspek sering mengugutnya supaya tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa.

“Akibat daripada kejadian terakhir, mangsa melarikan diri dan tinggal di rumah rakannya. Rakannya menasihati mangsa untuk membuat laporan polis dan mangsa sudah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut, semalam,” katanya.

“Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan turut memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi pihaknya di talian 05-6299222 atau balai polis berdekatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini