comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bapa ‘Baby Syifaa’ ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan bapa kepada ‘Baby Syifaa’ atau Nour Rania Asyifaa Yuseri, semalam, bagi membantu siasatan berkait dakwaan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata lelaki itu ditahan pada jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan lelaki itu yang juga aktivis memperjuangkan kes penganiayaan, didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat ditubuhkannya, YY Community Centre.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan, dilapor menafikan wang itu diguna untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.

Hafiz dipetik berkata, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain, sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini