comscore
Tumpuan :
Jenayah

Anggota penguat kuasa ditahan SPRM disyaki minta wang suapan

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta wang suapan sebanyak kira-kira RM60,000 daripada seorang pengadu sebagai balasan menutup kes pengadu atas kesalahan menipu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, sumber memberitahu, suspek lelaki yang berusia 40-an itu telah ditahan antara kira-kira jam 11 malam semalam di sekitar Kuala Lumpur.

“Suspek disyaki telah hadir berjumpa pengadu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur tetapi menghilangkan diri apabila mengarahkan pengadu menunggunya di satu tempat yang tidak jauh daripada restoran tersebut bagi tujuan mengambil wang rasuah yang dimintanya.

“Bagaimanapun suspek telah ditangkap dan ditahan selama 24 jam serta dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini