Tumpuan :
Jenayah

Amah curi barang majikan ditahan

AMPANG JAYA: Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan komputer tablet milik majikannya yang juga seorang juruterbang sebelum melarikan diri dari kediaman di Taman Cempaka, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pada 28 Januari lalu jam 7 pagi, wanita berusia 36 tahun menyedari pembantu rumahnya tiada di dalam rumah dan disyaki melarikan diri bersama pakaian.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati telefon bimbit serta ipad hilang disyaki dicuri.

“Motif kejadian adalah untuk mencuri barang milik majikan dan melarikan diri serta enggan bekerja.

“Susulan itu, pada jam 5.40 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan wanita warga Indonesia di tepi Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah dan merampas barangan dicuri.

“Pemeriksaan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah dan memiliki satu rekod dikehendaki bersabit kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini