comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Aloma dolma’ kata laluan masuk markas penagihan

HULU LANGAT: ‘Aloma dolma’ kata laluan masuk ke markas penagihan di sebuah jirat cina disyaki sarang ‘si kaki lalok’.

Hasil serbuan seramai 43 individu dipercayai ‘mat pet’ ditahan di ‘port aloma dolma’.

Turut ditahan seorang lelaki dikenali sebagai ‘penjaga air’ yang memantau laluan keluar masuk ‘port’ dan mengesan pergerakan mencurigakan.

Ketika ditanya lelaki berkenaan mendakwa sanggup berbelanja RM500 sebulan bagi membeli dadah jenis syabu.

Hasil risikan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati tanah perkuburan menjadi tempat melepaskan gian penagih di sekitar Selangor berikutan keadaan yang sunyi dan jauh dari laluan orang awam.

Namun apa yang mengejutkan pihak berkuasa ada kaki penagih yang melepaskan gian di tempat terbuka seperti di parkir berbumbung pangsapuri.

Susulan itu pihak AADK melaksanakan Op Cegah Khas bagi menyekat rangkaian bekalan dan permintaan terhadap bahan terlarang termasuk memusnahkan sarang penagihan dadah di beberapa kawasan sasaran di Selangor.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh, tumpuan operasi di kawasan berisiko tinggi dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah.

“Seramai 1,205 tangkapan dibuat sepanjang tiga hari operasi dan daripada jumlah itu, seramai 695 individu disahkan positif dadah jenis methaphetamine, 203 positif opiat dan selebihnya benzo serta ketamin.

“Pindaan Akta Penagihan Dadah, itu fokus utama saya, di mana pindaan ini memberi ruang yang lebih kepada pihak AADK untuk memberikan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang terlibat dalam penagihan dadah,” katanya.

Tonton laporan khas ‘Sarang Aloma Dolma’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini