comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Alif Teega didakwa esok

FOTO: Alif Teega/ Facebook

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani akan didakwa di mahkamah, esok.

Perkara itu dikongsikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikToknya.

@sprm.malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa terhadap pempengaruh terkenal, Mohd Hazalif Mohd Hazani dikenali Alif Teega bakal didakwa di Makkamah Kuala Lumpur, esok. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #rasuahdihinamaruahdibina ♬ Thriller – Monkey D. KyLe

“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya.

11 Julai lalu, Alif Teega, 30 tahun, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 tahun direman empat hari.

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu menyeleweng kutipan wang derma.

Difahamkan, Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini