comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Albertine Leo ditemui selamat, disorok di sebuah hotel murah di Batang Kali – Polis

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika sidang media berkaitan tangkapan suspek ke culik kanak-kanak enam tahun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor.-Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemukan selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor pada jam 4 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mangsa ditemui bersama seorang suspek di sebuah hotel murah.

“Pada awal pagi ini mangsa telah diselamatkan dan suspek telah ditangkap di Batang Kali.

“Tangkapan dibuat pada jam lebih kurang 4 lebih pagi. Mangsa dalam keadaan selamat dan suspek telah dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut,” jelasnya dalam sidang media sebentar tadi.

Suspek seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan siasatan awal mendapati, suspek tiada pertalian persaudaraan dengan keluarga mangsa.

“(Mangsa) telah dilarikan menggunakan sebuah kenderaan,” tambahnya lagi.

“Siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak kanak 2017.

“Mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini