comscore
Tumpuan :
Jenayah

Alat mainan seks lebih RM100,000 dirampas 

4,335 alat mainan seks dirampas dalam serbuan ke atas sebuan gudang di Sungai Buloh. -Foto: NSTP

SUNGAI BULOH: Sebanyak 4,335 unit pelbagai jenis alat mainan seks bernilai RM122,000 dirampas hasil serbuan terhadap sebuah gudang di sini.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof berkata, gudang itu dijadikan stor menyimpan alat permainan seks yang diimport dari luar negara sejak tahun lalu.

“Hasil risikan mendapati gudang itu beroperasi sejak tahun 2022 dan dipercayai menjadi tempat penyimpanan dan pengedaran pelbagai barang termasuk alat mainan seks.

“Alat permainan seks berkenaan diimport bagi memenuhi permintaan pelanggan dalam negara,” katanya semalam.

Menurutnya, alat mainan seks adalah objek yang dilarang di negara ini kerana ia berlawanan dengan moral dan budaya masyarakat Malaysia.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dengan elemen merosakkan moral dan menjejaskan keselamatan awam.

“Alat mainan seks pelbagai bentuk disita itu dianggarkan bernilai RM122,000 kerana menyalahi Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000 /8889 3145,” katanya.

Loading...
Terkini