comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ahli perniagaan dakwa kena culik, bebas selepas keluarga bayar RM20 juta

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan mendakwa diculik sekumpulan individu sebelum dibebaskan selepas keluarganya membayar sejumlah wang tebusan.

Berdasarkan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, keluarga ahli perniagaan itu mendakwa terpaksa membayar RM20 juta bagi membebaskan mangsa pada hari sama kejadian pada Ahad lalu.

Mangsa didakwa dibawa lari pada kira-kira jam 5 pagi ketika sedang menunggu perkhidmatan e-hailing untuk ke lapangan terbang. Difahamkan mangsa berusia 59 tahun itu mahu luar negara untuk urusan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 7.20 petang, 13 Oktober lalu berhubung kejadian seorang lelaki warga tempatan dilarikan beberapa individu.

Beliau berkata, mangsa didakwa dilarikan kumpulan berkenaan yang menggunakan sebuah kereta dan insiden itu dilaporkan sebaik dia dilepaskan pada hari yang sama.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tanpa kesahihan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini