BACHOK: Lapan remaja lelaki yang ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan secara berkumpulan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini.
Mereka yang berusia 14 hingga 18 tahun tiba di Mahkamah Bachok pada 8.45 pagi.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan (KK).
Lapan remaja itu ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Tawang, kelmarin. -HARIAN METRO