comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] 8 pegawai, anggota ESSCOM ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tawau

Foto hiasan

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mengesahkan lapan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) termasuk empat pegawai kanan ditahan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, penahanan itu bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

 

“Semua tangkapan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Idris berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman berhubung kes ini.

Pada masa sama katanya, masih terlalu awal untuk sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

“Pihak media juga dipohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan mengenai isu keselamatan kerana kes ini lebih bersifat peribadi.

“Setakat ini, kes masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat selepas siasatan dilengkapkan,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan semak di Tawau, dan dipercayai dibunuh.

Turut ditemukan bersebelahan dengan mayat mangsa, Perodua Myvi putih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini