comscore
Tumpuan :
Jenayah

75 guru terlibat ‘phone scam’, kerugian cecah RM5.7 juta

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: 75 kes penipuan melalui telefon membabitkan mangsa dalam kalangan guru dan pesara guru dengan jumlah kerugian mencecah RM5.7 juta direkodkan sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata walaupun statistik hanya mewakili 3.6 peratus daripada keseluruhan kes, namun ia semakin menunjukkan trend membimbangkan.

Katanya, jumlah kerugian yang dicatatkan agak membimbangkan iaitu RM5,703,449 atau purata RM76,046 bagi setiap mangsa.

“Jumlah guru menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ amat menyedihkan kerana saya melihat pendidik sebagai golongan terpelajar yang sewajarnya memiliki tahap waspada tinggi terhadap ancaman jenayah.

“Namun, tidak dapat dinafikan, guru juga manusia dan mereka terdedah kepada kesilapan. Bagaimanapun, selaku penyampai dan pengajar ilmu pengetahuan, saya menggesa semua guru turut sama cakna dengan perkembangan jenayah komersial dan modus operandi terkini yang digunakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JSJK di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada sidang media di Menara KPJ, di sini hari ini. FOTO NSTP

Turut hadir, Ketua Pegawai Teknologi Cyber Security Malaysia, Wan Roshaimi Wan Abdullah dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia, Prof Dr Mohd Nazri KamaRamli berkata, kes terbaru membabitkan guru menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ dilaporkan pada 7 Oktober lalu di Pahang dengan kerugian berjumlah RM160,000.

“Anda (guru) adalah individu terpilih yang berupaya menyebarkan pelbagai ilmu pengetahuan.

“Saya berharap pengetahuan berkaitan jenayah komersial juga dapat menjadi sebahagian daripada perkara yang disebarkan.

“Kami di PDRM bersedia memberikan apa saja bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan perkara ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini