comscore
Tumpuan :
Jenayah

73,696kg ‘Aluminium Scrap’ Tidak Bercukai Dirampas

Misbahudin Parmin (dua dari kiri) menunjukkan tiga kontena berisi 73,696 kilogram ‘aluminium scrap’ yang tidak bercukai bernilai RM819,000 termasuk cukai terlibat selepas sidang media di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor.

PASIR GUDANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas ‘aluminium scrap’ bernilai RM745,300 selepas menahan tiga kontena dibawa sebuah syarikat perkapalan di

, Pelabuhan Johor di sini, 17 Oktober lalu.

Kontena itu diperiksa antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari hasil risikan anggota Bahagian Penguatkuasaan Pasir Gudang dengan bantuan Pihak Berkuasa Zon Bebas Pelabuhan Johor.

Pengarah JKDM Negeri Johor, Misbahudin Parmin berkata, hasil pemeriksaan ke atas kontena pula mendapati ketiga-tiganya mengandungi 73,696 kilogram ‘aluminium scrap’ yang dipercayai tidak mempunyai permit eksport yang sah sebelum merampasnya.

“Hasil pemeriksaan silang ke atas dokumen pengikraran Borang Kastam 2 (BK2) mendapati dagangan diikrar sebagai ‘aluminium flakes’, dan tidak sama dengan muatan yang terdapat dalam kontena iaitu ‘aluminium scrap’.

“Tiada sebarang cukai eksport dan keperluan permit daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi pengeksportan dagangan yang diikrar,” katanya ketika sidang media di Pejabat JKDM Pasir Gudang, Pelabuhan Johor di sini, hari ini.

Menurutnya, dagangan ‘aluminium scrap’ adalah larangan eksport dan tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 yang mana pengeksportan dagangan ini memerlukan permit dari MITI.

‘Aluminium scrap’ yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dipercayai tidak berkastam di dalam 3 buah kontena 40 kaki di Container Inspection Bay (CIB), Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor.

“Anggaran duti eksport terbabit adalah sebanyak RM74,530.

“Kita percaya barang dagangan ini akan dieksport ke negara di Asia Timur dan menggunakan pelabuhan ini untuk tujuan eksport berkenaan,” katanya.

Misbahudin berkata, modus operandi digunakan sindiket penyeludupan itu adalah dengan membuat pengikraran palsu serta perakuan tidak benar dalam BK2 ketika pengeksportan dibuat.

Katanya, ia bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak daripada dikenakan duti eksport sebanyak 10 peratus dan mengelak daripada perlu mengemukakan permit MITI.

“Seorang wakil syarikat perkapalan yang juga seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135(1)(a) akta sama, sebelum dilepaskan dengan jaminan pada hari yang sama,” katanya.

Loading...
Terkini