Tumpuan :
Jenayah

72 Warga Asing Ditahan Di Sebuah Bangunan Di Pudu

72 warga asing di tahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bangunan di Pudu,ibu negara.

Ketika serbuan ada antara warga asing berkenaan cuba melarikan diri dengan menyorok pada ruang dinding yang diubah suai.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata operasi itu dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 5 petang, semalam, susulan operasi penguatkuasaan dan pematuhan di bawah Op Patuh yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri.

“245 individu diperiksa dan 72 warga asing ditahan termasuk 29 wanita dari pelbagai negara berusia antara 25 hingga 50 tahun.

“Pegawai operasi terpaksa memecahkan pintu kerana kebanyakan penghuni di rumah yang diperiksa enggan memberikan kerjasama dan menyorok di dalam rumah dengan mematikan lampu,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Khairul Dzaimee berkata, lokasi terbabit dipercayai menjadi sarang pelacuran membabitkan wanita warga asing.

Menurutnya lagi pemeriksaan mendapati kawasan itu bukan sahaja tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah dalam keadaan sangat kotor.

Beliau berkata, antara kesalahan imigresen yang dikenal pasti adalah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa.

Semua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil.

Loading...
Terkini