Tumpuan :
Jenayah

7 lelaki tempatan ditahan terlibat sindiket ‘scammer’ pelaburan tidak wujud

 

Foto hiasan

BAYAN LEPAS: Tujuh lelaki warga tempatan ditahan menerusi dua serbuan berasingan sekitar daerah ini semalam selepas disyaki terlibat dalam sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi secara dalam talian.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata tangkapan dilakukan susulan serbuan Op Nuri oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Mengulas lanjut, katanya kegiatan mereka terbongkar susulan penahanan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Merbah, dekat Taman Sri Bayan, jam 10.15 malam.

Hasil soal siasat, serbuan susulan dilakukan di sebuah rumah di kawasan Taman Sri Bayan, di sini dengan enam lagi lelaki ditahan.

“Kesemua suspek disyaki terbabit aktiviti kegiatan sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi dalam talian.

“Semua ditahan berusia antara 26 hingga 38 tahun,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Hamzah berkata hasil serbuan pihaknya merampas 162 telefon bimbit bersama peranti lain serta dua komputer riba yang disyaki digunakan sindiket.

“Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan semua suspek direman bermula hari ini hingga 6 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini