Tumpuan :
Jenayah

6 rakyat Malaysia dibawa ke Mahkamah Narathiwat

Enam rakyat Malaysia Enam diiring menaiki trak polis di balai polis Sungai Golok untuk dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat. – FOTO: NSTP

SUNGAI GOLOK: Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di sini pada Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda bergerak ke Mahkamah Wilayah Narathiwat pagi ini.

Kesemua mereka meninggalkan Balai Polis Sungai Golok kira-kira jam 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis.

Kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu di balai polis berkenaan sejak jam 9 pagi.

Kesemua suspek akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari sini.

Selain ahli keluarga dan kawan rapat mereka, orang ramai termasuk peminat penyanyi dari Malaysia dan Thailand turut hadir di balai polis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol Pol Jedsadavit Ingprapan berkata kesemua mereka dihantar ke mahkamah bagi membolehkan polis mendapatkan penahanan lanjut terhadap suspek.

“Mereka akan ditahan di mahkamah sementara siasatan kami berhubung kes itu selesai.

“Mereka disiasat atas dua kesalahan iaitu memiliki pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini