comscore
Tumpuan :
Jenayah

6 lelaki termasuk 5 warga asing ditahan, syabu RM120,282 dirampas

Jasmin menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas dalam serbuan di Kampung Indera Sabah, semalam. -FOTO: NSTP

TAWAU: Lima warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah jenis syabu dianggarkan lebih dua kilogram bernilai RM120,282 dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indra Sabah, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan susulan maklumat awam berhubung kegiatan pengedaran dadah di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, serbuan dilakukan pada 1.30 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Menyedari kehadiran pihak polis, kesemua suspek bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan menemui sebuah beg berwarna biru mengandungi satu beg plastik hitam yang didalamnya terdapat dua plastik lutsinar berbalut bungkusan keemasan bertulis ‘Freeso-Dried Durien’ disyaki dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di IPD Tawau, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ujian awal saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Mei depan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini