comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] 57 ‘mat rempit’ serah diri kerana kelaparan, rindu juadah raya

KULAI: Kelaparan dan rindu untuk menikmati juadah hari raya menyebabkan sekumpulan ‘mat rempit’ yang menyembunyikan diri dalam semak, akhirnya menyerah diri kepada polis.

Operasi khas selama 18 jam bermula jam 11 malam jumaat lalu hingga 5 petang semalam itu diadakan di Kilometer 7 Jalan Kulai – Kota Tinggi, Johor.

FOTO: Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata operasi sempena Op Selamat 20 itu bertujuan sebagai advokasi kepada pengguna jalan raya bagi mengekang kegiatan ‘mat rempit’ sekitar Kulai.

FOTO: Ihsan PDRM
FOTO: Ihsan PDRM

Dalam operasi itu, seramai 57 orang lelaki berusia di antara 17 hingga 42 tahun, dikesan bersembunyi dalam kebun kelapa sawit berhampiran.

FOTO: Ihsan PDRM

Ketika operasi dijalankan, kebanyakan mat rempit bertindak masuk ke dalam kawasan kebun itu sekitar jam 3 pagi dan cuba untuk keluar melalui jalan tikus yang sudah dikepung polis.

Kira-kira jam 9 pagi semalam, seorang demi seorang penunggang motosikal mula menyerah diri disebabkan menemui jalan buntu.

Sebanyak 140 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan serta mengubah suai ekzos.

FOTO: Ihsan PDRM

Sebanyak 39 motosikal turut disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini