comscore
Tumpuan :
Jenayah

5,535 karton rokok seludup bernilai RM1.37 juta dirampas

JOHOR BAHRU: Polis marin wilayah dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 5,535 karton rokok putih dan kretek di sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan pasukan Marin sejak dua minggu lalu.

Katanya, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam.

Ketika serbuan seorang lelaki dipercayai penjaga barang kontraban itu melarikan diri dan meninggalkan karton rokok di sebuah pondok dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara” katanya pada sidang media di ibu pejabat Marin, Tampoi petang tadi.

Jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 5,535 karton rokok mengandungi 914,600 batang rokok putih dan kretek tidak berkastam

Anggaran nilai rampasan rokok termasuk cukai ialah RM1.37 juta.

Kumar berkata, pihaknya turut merampas Perodua Kembara dengan anggaran RM20,000 untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil maklumat diperolehi rokok itu disyaki diseludup dari negara jiran melalui laut sebelum mendarat di perairan Kota Tinggi untuk pasaran tempatan.

Tambah beliau, kegiatan penyeludupan itu disyaki baru dilakukan penjenayah disyaki kira-kira dua minggu lalu.

“Kesemua rokok seludup dan kenderaan yang dirampas dan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk siasatan lanjut,”katanya.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini