Tumpuan :
Jenayah

50 Kenderaan Tiada AP Bernilai RM11.36 Juta Dirampas

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 50 buah kenderaan termasuk sembilan motosikal  berkuasa tinggi yang tidak mempunyai permit import (AP) di sekitar Pelabuhan Klang, di sini, baru-baru ini.

Rampasan bernilai RM11.36 juta termasuk cukai itu dilakukan menerusi Ops Bearing selama dua minggu bermula 15 Ogos lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad berkata, operasi dijalankan bagi mengesan mana-mana pihak dan individu yang mengelakkan pembayaran cukai import.

Katanya, ini berikutan duti bagi kenderaan import adalah tinggi dan mendatangkan kerugian kepada negara. Sebanyak 45 kenderaan import dikesan dan dirampas di zon bebas Pelabuhan Klang manakala selebihnya lima lagi dirampas di sekitar daerah ini.

Antara dirampas termasuk kereta jenis Mustang GT, Ford GT40, Mini Cooper Clubman, KTM Adventure 1,290, Honda CB1,100 dan Harley Davidson XL1,200X,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, hari ini.

Jelas beliau, Ops Bearing adalah kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mohammad Sabri menjelaskan kenderaan dan motosikal import itu dibawa daripada pelbagai negara antaranya Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta Sweden.

Siasatan awal mendapati ada kenderaan import itu dibawa masuk oleh para pelajar antarabangsa yang baharu mendaftar di institut pengajian tinggi awam.

Mereka tidak tahu bahawa ia menjadi kesalahan sekiranya membawa kereta import tanpa mempunyai permit import terdahulu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1957.

Loading...
Terkini