Tumpuan :
Jenayah

5 ditahan edar air ketum di perkampungan Orang Asli

Dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses air ketum

Oleh: Fazli Ahmad

KUALA LIPIS: Lima lelaki etnik Orang Asli ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pos Pantos, Kuala Medang, dekat sini dan merampas 382 bungkusan air ketum, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses air ketum.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah terbabit kira-kira jam 1.30 pagi tadi dan menahan lima lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun.

Katanya, siasatan awal, mereka dipercayai terbabit dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum sejak tiga bulan lalu.

“Suspek mengaku mendapat bekalan daun ketum daripada pembekal dari Chenderong Balai, Perak,”

“Kali terakhir mereka menerima bekalan daum ketum seberat 10 kilogram semalam,”

“Polis percaya pasaran air ketum itu ialah di sekitar perkampungan Orang Asli di Daerah Lipis.” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, setiap bungkusan plastik berisi satu liter air dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,820.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini