KUANTAN: Polis menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, masing-masing membabitkan 201 kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak yang juga penghuni di rumah amal itu.
“Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Nor Hisam Nordin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.