comscore
Tumpuan :
Jenayah

34 Buah Motosikal Musnah Akibat Perbuatan Khianat

34 buah motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di bawah Blok G, PPR Kg Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA : Dipercayai akibat perbuatan khianat, 34 buah motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan IPD Cheras telah menerima panggilan daripada seorang perempuan warganegara melalui ‘MERS 999’ mengenai kebakaran itu pada jam 2.21 pagi,.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat’ kata ACP Muhammad Idzam.

Pihak Polis dengan bantuan Forensik Bomba daripada Balai Bomba Sri Rampai telah menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenalpasti punca sebenar kebakaran tersebut.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan memandangkan terdapat unsur khianat dalam kejadian ini.

Usaha juga diteruskan untuk mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden kebakaran ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Insp Muhamad Firdaus Eber di talian 014-364 9458, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekat.

Loading...
Terkini