comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 sekeluarga maut, suspek diburu lebih seminggu ditahan, direman pagi ini

Foto hiasan

MUAR: Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes kejadian bunuh dan bakar rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh Jumaat lalu, berjaya ditahan.

Suspek, Azman Mohamed Nor, 48, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar untuk direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Allahyarham Noradriana selamat dikebumikan Sabtu lalu manakala jenazah datuk dan neneknya, masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujiian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh.

Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati terdapat unsur jenayah.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini