comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 polis termasuk Ketua Balai ditahan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Melaka telah menahan tiga anggota polis termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000 bagi mengelakkan tindakan terhadap pemilik perniagaan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sumber, Ketua Balai dan kedua-dua anggota polis terbabit telah ditahan lewat petang semalam dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka. 

Dalam serbuan berkenaan, wang rasuah berjumlah RM6,000 ditemukan disimpan dalam pejabat suspek.

Difahamkan, suspek juga meminta pemilik perniagaan itu membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan agar perniagaannya tidak diganggu dan diambil tindakan.

Pengarah SPRM Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut.

Ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Loading...
Terkini