comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 pengedar dadah ditahan di Rantau Panjang

FOTO: PGA

KOTA BHARU: Polis menahan tiga lelaki tempatan disyaki pengedar dadah di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan itu, berusia lingkungan 22 hingga 27 tahun.

Beliau berkata pemeriksaan dilakukan ke atas kereta Ford Fiesta dipandu suspek, telah menemui lima kilogram ganja dianggar bernilai RM15,500 disorokkan di dalam but belakang.

“Hasil siasatan lanjut, pasukan PGA bertindak menyerbu sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah kira-kira 4 pagi dan menemukan lebih 2,000 biji pil yaba bernilai RM30,000 disembunyikan di luar rumah.

“Polis turut merampas kereta Ford Fiesta, lima unit telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM600,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, dua suspek disahkan positif ganja dan mereka mengambil bekalan dadah itu di sempadan negara untuk pasaran tempatan di negeri ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1) dan Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini