comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 lelaki ditahan gaduh dalam upacara keagamaan

Foto hiasan

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan sebuah kuil di Alma, di sini tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata suspek berusia 21 hingga 25 tahun itu ditahan pihak berkuasa yang bertugas menjaga ketenteraman awam di kawasan kuil berkenaan.

“Sekumpulan lelaki ini telah bergaduh antara satu sama lain dengan memukul menggunakan tangan dan kerusi.

“Pada ketika itu, terdapat orang ramai yang berada di kuil terbabit bagi melakukan upacara keagamaan,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan.

Cheng San berkata, tiga suspek direman selama empat hari hingga Rabu ini.

“Punca pergaduhan itu masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Loading...
Terkini