comscore
Tumpuan :
Jenayah

23 penagih sedang khayal dalam semak-samun ditahan

FOTO: Ihsan PDRM

SUNGAI BULOH: 23 lelaki sedang khayal menghisap dadah dalam semak-samun yang dijadikan ‘port’ ditahan dalam serbuan Ops Sarang di sebuah kampung sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata individu ditahan terdiri daripada18 warga tempatan dan lima warga asing yang mana kesemuanya disyaki penagih dadah.

“Mereka menggunakan taktik port bergerak iaitu berpindah-randah di mana penagih berkenaan akan datang ke suatu tempat yang ditetapkan kemudian barulah mereka menghubungi tokan.

“Pihak berkenaan akan menetapkan satu lokasi tertentu kemudian tokan dadah akan datang dan menghantar ‘barang’ lalu beredar selepas selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan serbuan daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sungai Buloh merampas 0.5 gram dadah dipercayai methamphetamine.

Katanya, tiga lelaki warga asing ditahan mengikut Seksyen 12(2) / 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah manakala selebihnya mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama kerana didapati positif bahan terlarang itu.

“Selain itu terdapat dua suspek tempatan yang merupakan individu dikehendaki mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini