Tumpuan :
Jenayah

2 suspek sumbang mahram berasingan disambung reman

Foto hiasan

KUALA SELANGOR: Tempoh reman terhadap dua lelaki warga tempatan yang terbabit dua kes sumbang mahram dekat Jeram dilanjutkan sehingga esok bagi melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, bagi kes rogol remaja perempuan berusia 14 tahun, suspek yang juga bapa saudara berusia 21 tahun disambung reman bermula hari ini sehingga esok di Mahkamah Kuala Selangor.

“Manakala kes rogol budak perempuan berusia lapan tahun, suspek yang juga bapa kandung berusia 33 tahun disambung reman hari ini sehingga esok di mahkamah sama,” katanya, di sini.

Dalam perkembangan sama, Azaharudin memaklumkan seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dituduh di Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga lelaki direman selama enam hari bermula 2 Februari hingga hari ini bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini