KOTA BHARU: Kegiatan penyeludupan minyak petrol di pangkalan haram Mat Roji di Rantau Panjang, Pasir Mas, ditumpaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara pagi semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi dilakukan pada 11.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, dan dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 29 tahun turut ditahan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, pihak PGA menemukan beberapa tong mengandungi lebih 420 liter minyak petrol dalam dua Proton Waja dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM40,861.
“Minyak petrol ini dipercayai untuk diseludup ke negara jiran manakala kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.