comscore
Tumpuan :
Jenayah

2 lelaki larikan harta benda RM1.24 juta termasuk koleksi jam tangan mewah 

Polis memburu dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Mansion, Ipoh. – Foto ihsan Polis

IPOH: Seorang peniaga kerugian hampir RM1.24 juta selepas harta benda antaranya koleksi jam tangan mewah pelbagai jenama dilarikan dua lelaki dalam kejadian pecah rumah di Taman Mansion, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis mengenai kejadian diterima daripada mangsa, 28, pada 12 Disember lalu.

Antara jam tangan mewah yang dilarikan adalah jam tangan berjenama Rolex GMT Master II (RM230,000); IWC Annual Calendar Big Pilot Gold (RM200,000); IWC Mono Pusher Big Pilot Gold (RM160,000); IWC Big Pilot Timer Zoner Ceratanium Top Gun (RM100,000); IWC Pontifino 150 years Limited Edition (RM95,000); Portugese 150 years Addition (RM90,000); Rolex GMT Halt Gold (RM70,000); dan lain-lain.

Katanya, ketika kejadian mangsa tiada di rumah.

“Dalam kejadian itu mangsa mengalami kerugian harta benda akibat dicuri antaranya koleksi jam tangan mewah pelbagai jenama, barang kemas, telefon bimbit dan komputer riba bernila keseluruhani kira-kira RM1,236,800.

“Pada masa sama, polis sedang mengesan dua suspek dipercayai lelaki yang terbabit dalam kes ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Yahaya berkata,  orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua suspek itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan (ASP) Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222 untuk membantu siasatan.

Loading...
Terkini