RINGKASAN BERITA
- Dua anggota polis terbunuh, seorang lagi cedera, dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi.
- Suspek ditembak mati di tempat kejadian.
JOHOR BAHRU: Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi.
Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar yang memaklumkan, suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.
Beliau berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.
Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di Johor Bahru, awal pagi tadi. pic.twitter.com/1glL3DSueu
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 17, 2024
Menurutnya, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan siasatan masih dijalankan.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.