comscore
Tumpuan :
Jenayah

19 nelayan warga asing positif dadah ditahan

Oleh: Ridhuan Hussain

PASIR PUTEH: 19 nelayan warga asing termasuk seorang tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas masing-masing didapati positif dadah dalam dua operasi berasingan di Pasir Puteh, Kelantan minggu ini.

Ia susulan pemeriksaan ke atas dua vesel nelayan tempatan oleh bot peronda Maritim Malaysia menerusi OP Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi, berkata tekong warga Kemboja berusia 29 tahun ditahan dalam pemeriksaan jam 4.20 pagi pada 19 September lalu.

Lelaki itu juga mempunyai dokumen pengenalan diri meragukan, selain gagal mengemukakan lesen vesel.

“Tekong didapati positif Methamphetamine ketika ujian saringan air kencing dan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sementara 18 kru warga Thailand ditahan dalam satu vesel berasingan di kedudukan lebih kurang 5.5 batu nautika timur Pulau Perhentian pada jam 3.40 pagi, Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Bot terlibat ditahan kerana melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang daripada yang dibenarkan.

Kedua-dua bot dan nelayan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Tok Bali untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini