comscore
Tumpuan :
Jenayah

16 kereta mewah bernilai RM1.2 juta disita

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita 16 kereta mewah kerana disimpan melebihi tempoh ditetapkan di gudang berlesen di Jalan Pahang, 24 Jun lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM Norlela Ismail berkata, rampasan dilakukan susulan operasi dijalankan pasukan operasi dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit 1.

“Hasil operasi berkenaan 16 kenderaan mewah jenis Audi dan Mercedes Benz bernilai RM1.2 juta membabitkan nilai cukai dan duti import dianggarkan berjumlah RM2.3 juta.

“Syarikat dikesan gagal mengikrarkan kepada kastam sejumlah kenderaan yang masih belum dibayar cukai dan cuba mengaburi pihak kastam di sebalik lesen import yang luput tempoh,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya, hari ini.

Menurutnya, syarikat juga gagal dan enggan menjelaskan tunggakan cukai kenderaan import serta menyalahgunakan kemudahan pengecualiaan cukai yang diberikan.

“Bagi kenderaan, syarat lesen menetapkan tempoh penyimpanan yang dibenarkan adalah selama 48 bulan di gudang berlesen.

“Siasatan mendapati berkemungkinan syarikat gagal mendapatkan pembeli dalam tempoh 48 bulan menyebabkan mereka tidak mematuhi peraturan ditetapkan,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini