Tumpuan :
Jenayah

15 individu ditahan, jual mercun dan bunga api tanpa permit 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

TERENGGANU: Seramai 15 individu termasuk empat wanita ditahan kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, tangkapan dibuat bermula 12 Mac lalu sehingga kelmarin membabitkan 11 individu ditahan di Dungun, 3 di Kemaman dan 1 di Marang.

Individu yang ditahan masing-masing berusia 29 hingga 64 tahun.

Pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas bernilai hampir RM13 ribu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 7 tahun atau denda RM10 ribu atau kedua-duanya.

Sementara itu polis Terengganu telah menerima sebanyak 158 permohonan penjualan bunga api dan mercun di mana hanya 128 diluluskan setakat ini.

“Setakat ini kita telah terima permohonan sebanyak 158 permohonan dan kita telah luluskan sebanyak 128 permohonan permit mercun di seluruh Terengganu dan daripada segi pemeriksaan setakat ni kita mendapati mereka-mereka yang diberi permit ini telah mematuhi segala peraturan tapi ada juga yang melanggar dan kita juga telah membuat rampasan mercun-mercun yang telah dijual tidak mengikut permit yang dikeluarkan”,katanya.

Jelasnya menerusi itu daerah Dungun merekodkan jumlah permohonan tertinggi diluluskan dengan 40 diikuti Kemaman dengan 23 dan Besut dengan 18 permohonan.

Beliau berkata demikian selepas perhimpunan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Pihaknya akan terus meningkatkan pemantauan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka sehingga Adilfitri nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini