Mungkin ramai yang mengeluh timbul ruam atau jerawat di muka setelah seharian memakai pelitup muka.
Masalah pada permukaan kulit muka itu dikenali ‘Mask Acne’.
Tetapi jangan resah, apa kata ikuti 8 langkah pencegahan ‘Mask Acne’ yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan seperti berikut;
- Kerap mencuci muka dengan air suam atau pencuci muka.
- Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup mula.
- Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka.
- Pakai pelitup muka yang bersesuaian.
- Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka.
- Tanggal pelitup muka selama 15 minit bagi setiap empat jam.
- Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang.
- Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan.

Kesihatan perlu dijaga, muka juga perlu dijaga.