PETALING JAYA: Kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini, memberi kesan kepada kedua-dua pelakon terbabit, apabila ramai pihak mula tidak menunjukkan sokongan terhadap perbuatan mereka.
Terbaharu, satu produk kecantikan dan kesihatan jenama popular telah memuat naik iklan sempena Ramadan dan Aidilfitri, dengan mengaburkan wajah Ruhainies.
Iklan produk itu menggabungkan dua lagi selebriti terkenal iaitu Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.
Jenama itu turut menyatakan pendirian dengan tidak menyokong mana-mana pihak berkelakuan buruk atau melakukan kontroversi.
Pihaknya juga berharap isu terbabit tidak memberi kesan kepada tayangan iklan produk berkenaan kerana rakaman telah dibuat pada Disember 2023.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kekhilafan saya bukan sahaja merosakkan reputasi, tetapi juga keluarga – Aliff Aziz
- Saya sayangkan Bella, tidak mahu dia berpisah dengan Aliff – Ruhainies
- Tiada kompromi kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies – JAWI
- Khalwat selebriti: Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan – Menteri JPM
- Dakwaan khalwat – Aliff Aziz, Ruhainies janji beri penjelasan
- Aliff dan Ruhainies dibebas JAWI dengan jaminan sementara
- Pelakon lelaki berkhalwat dengan pelakon wanita popular