comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Keindahan kristal tiruan daripada bahan terbuang

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Sekali pandang monumen yang dibangunkan dengan gabungan kristal tiruan dilihat seolah-olah permata berharga.

Olahan kristal tiruan membentuk kolaj tiga dimensi ini, turut menyatukan memori serta objek-objek lama sang artis.

Hasil karya dikenali  Krystal Valley yang dipamerkan di Balai Seni Negara, di sini, menampilkan landskap futuristik menggabungkan elemen imersif dan kristal buatan.

Menjadikan Lembah Klang sebagai inspirasi pameran, lokasi itu bukan sekadar tempat pembuangan tetapi kawasan yang kaya sumber mineral.

Lebih menarik penghasilnya diolah daripada bahan terbuang antaranya papan eletronik, besi, kertas, dan plastik yang menjalani beberapa proses termasuk penghabluran

Artis Instalasi, Jun Ong berkata , pameran mengetengahkan karya pelbagai jenis kristal iaitu Amethyst, Fluorite, dan Bismuth yang mudah dikenali melalui warna dan komposisinya.

“Setiap objek kristal adalah diinspirasikan daripada kristal yang betul dari segi warna dia, teksture dan bentuk.. sebgaimana kristal benar tumbuh, kita juga memkaji proses berkenaan,”katanya.

Menurut Jun, penghasilannya mengambil masa kerana bahan perlu diolah dengan teliti.

“Proses mencairkan barangan terbuang ini mengambil masa selama tiga bulan.

” Malah kita perlu mencari material dan objek yang banyak sebelum digabungkan contohnya penggunaa papan eletronik yang bewarna hijau sebagai bahan menghasilkan kristal Fluorite,”katanya.

Pengunjung, Ali Abdu berkata,  pencahayaan yang digunakan ditambah gabungan bunyi dan elemen fizikal memberi pengalaman luar biasa terhadap karya.

“Pameran ini sangat baik untuk pendedahan generasi muda terutamanya dalam menghargai alam sekitar yang ada tentang penggunaan bahan-bahan terbuang dan menghasilkan karya karya agung yang lebih bermakna,”katanya.

Ketika zaman kuno kristal dipercayai  digunakan untuk perlindungan, kesihatan, dan menghalau roh jahat, namun kini ia dikaitkan sebagai terapi meningkatkan fokus, ketenangan, dan membantu mengatasi kegelisahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini