comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Coldplay hasilkan album piring hitam daripada sisa plastik dari Malaysia

PETALING JAYA: Kumpulan muzik pop terkenal dari Britain, Coldplay mendedahkan bahawa koleksi album piring hitam berjudul Moon Music dihasilkan sepenuhnya daripada sisa plastik dari sungai-sungai di Malaysia dan Indonesia.

Vokalis utama kumpulan itu, Chris Martin dalam satu temu bual bersama rancangan QVC berkata, setiap daripada album itu dihasilkan daripada sembilan botol plastik yang dikutip menggunakan teknologi River Cleanup Boat.

Program itu merupakan sebuah inisiatif yang turut dibiayai oleh Coldplay dalam usaha pembersihan sungai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coldplay Malaysia (@coldplaymalaysia)

“Album piring hitam ini diperbuat daripada plastik yang dikumpul dari sungai di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Inisiatif itu merupakan kerjasama Coldplay dengan organisasi The Ocean Cleanup bertujuan untuk mengurangkan pencemaran plastik di sungai-sungai, terutamanya di Asia Tenggara.

Usaha ini dianggap sebagai satu langkah signifikan dalam memulihkan ekosistem sungai yang tercemar.

Coldplay sebelum ini pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai dikenali sebagai Interceptor 005 di Sungai Klang pada tahun 2022.

Agensi antarabangsa melaporkan, Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera tersebut.

Difahamkan, Interceptor berkenaan merupakan jentera kedua ditempatkan di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini