comscore
Tumpuan :
Hiburan

‘Terima kasih kerana mencintai kesakitanku dan melengkapiku..’ -BCL 

Antara babak disaksikan dalam video menyentuh emosi memaparkan dirinya, Tiko dan Noah menikmati momen indah bersama yang dikongsi di Instagram (IG). Foto: itsmebcl/ Instagram

BALI: Kehadiran Tiko Aryawardhana diibarat membawa cahaya ke dalam hidup Bunga Citra Lestari (BCL) yang kegelapan selepas pemergian Allahyarham suaminya Ashraf Sinclair, tiga tahun lalu.

Namun, pada hari bahagia menyaksikan BCL disatukan dengan Tiko, penyanyi popular itu mengaku luka atas pemergian Allahyarham Ashraf terus membekas dan tidak mungkin dilupakan hingga akhir hayat.

Itu yang diluahkan BCL, 40, melalui rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG) sambil merakam penghargaan kepada Tiko yang sanggup menerima dirinya sepenuh jiwa termasuk kesedihan yang ditanggung selama ini.

“Lelaki ini (Tiko) membawa kembali senyumanku. Melihat ke belakang, aku bertanya apakah bahagia itu akan ada?

“Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi dan terus ada di situ.

“Pada sebuah waktu, hadir lelaki ini yang sering menggalas kesakitan di bahunya. Aku kini tak berasa sedih lagi, canda tawa kembali hadir dan aku mula terasa yang aku layak untuk gembira,” katanya menerusi video berkenaan.

“Kamu adalah sahabat baik ku, lampu yang menerangi kegelapanku, cinta hatiku. Terima kasih kerana membenarkan aku menjadi diriku dan mencintai kesakitanku dan melengkapiku,” katanya.

Terdahulu BCL, 40, dan Tiko, 43, selamat bernikah petang tadi di sebuah resort terkemuka di pulau peranginan, Bali dengan sekali lafaz.

Menerusi video berkenaan, pasangan mempelai yang menggayakan persalinan pengantin jawa turut dilihat memohon restu daripada ibu dan bapa Allahyarham Ashraf iaitu Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.

Turut kelihatan, adik Ashraf iaitu Aishah Sinclair yang menyeka air mata pada majlis berkenaan.

Majlis pernikahan pasangan itu yang dibuat secara ‘outdoor’ dengan berlatar belakang pemandangan samudera dihadiri kira-kira 100 tetamu yang mengenakan pakaian rona ‘nude’.

Tiko yang juga duda kepada tiga cahaya mata perempuan menghadiahkan kelengkapan alat solat dan mas kahwin berupa logam mulia seberat 212 gram sebagai simbolik tarikh pernikahan mereka, lapor agensi.

BCL bernikah dengan Allahyarham Ashraf pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini