comscore
Tumpuan :
Hiburan

Sophia Albarakbah masih membisu

KUALA LUMPUR: Masih menyepi, pelakon, Sophia Albarakbah masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi membabitkannya sebagai individu yang mengganggu keharmonian rumah tangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Pihak pengurusan Sophia ketika dihubungi berkata, Sophia belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Setakat ini, Sophia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan atau berjumpa dengan sesiapa terlebih dahulu. Biarlah semuanya tenang dahulu,” katanya kepada Harian Metro.

Tinjauan Harian Metro ke akaun Instagram Sophia juga tidak menemui sebarang hantaran terbaharu termasuklah di Instagram Story.

Hantaran terakhirnya pada 11 Januari lalu juga turut ‘dihurung’ oleh netizen yang meninggalkan pelbagai komen berkaitan kontroversi itu.

“Saya adalah peminat kamu! Tolong, tolong, tolong, tolong jangan dengan suami orang. Tolong sangat,” tulis satu netizen.”Awak ini cantik, tapi, macam tak ‘ngam’ pula dengan laki (suami) orang. Awak sesuai dengan lelaki bujang dan berkelas tinggi. Jadi, tak sesuai kot dengan suami orang. Kedudukan awak lebih tinggi daripada itu,” tulis satu netizen lain.

Semalam, Aliff dan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah muncul di sesi sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, yang dibintangi Aliff dan Sophia.

Kelibat Sophia bagaimanapun tidak kelihatan dan itu menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kalangan rakan-rakan media yang hadir.

Loading...
Terkini