comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Siapa ‘songlap’ wang Dynas?

Pelakon/pengacara televisyen, Dynas Mokhtar kerugian besar apabila semua wangnya di dalam sebuah bank tiba-tiba hilang. Foto: Dynas Mokhtar/Instagram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara televisyen, Dynas Mokhtar mengakui terkejut besar apabila semua wangnya yang diletakkan dalam akaun semasa sebuah bank tiba-tiba hilang.

Dynas atau nama sebenar Wan Edrinas Wan Mokhtar dalam satu ciapan video di Instagram berkata dia menyedari perkara itu ketika membuat transaksi kepada pembantu peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dynas Mokhtar II (@dynasmokhtar)

Menurut Dynas, tambah memeranjatkannya apabila terdapat beberapa transaksi membabitkan mata wang asing pada penyata banknya.

“Mohon doakan agar saya memperolehi kembali wang saya. Saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada sesiapa. Kita mesti berhati-hati ketika melakukan transaksi secara dalam talian,” katanya.

Dynas mengesahkan yang dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields berhubung kejadian itu.

Dia juga percaya polis akan menangkap ‘scammer’ yang mencuri duitnya.

Loading...
Terkini