Tumpuan :
Dunia Seni

Separuh Akhir CSOIAM raih 115,000 undian tertinggi sepanjang musim

KUALA LUMPUR: Episod separuh akhir program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangsung Ahad lalu mencatat satu lagi kejayaan apabila meraih undian tertinggi daripada penonton iaitu sebanyak 115,000 undian juga yang tertinggi untuk sepanjang musim.

Bukan itu sahaja, CSOIAM muncul sebagai satu-satunya rancangan realiti nyanyian yang berjaya ‘trending’ di platform X selama tujuh minggu berturut-turut.

Pada episod itu selingan drama, kejutan, dan pertarungan vokal nyata menarik perhatian penonton.

Bukan itu sahaja, lima peserta terbaik iaitu Jimi, Mariam, Marygrace, Kai Deva dan Zazzleen telah menampilkan aksi bertenaga demi merebut tempat ke pentas akhir CSOIAM yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun Impian Mariam melangkah ke peringkat akhir CSOIAM terkubur apabila tersingkir di separuh akhir.

Pentas akhir CSOIAM membawakan tema Malam Paling Fizz dengan empat finalis terbaik bersedia untuk memberikan persembahan terbaik dengan single terbaharu mereka.

Mereka juga akan menyatukan suara dalam satu lagu kumpulan terbaharu yang berjudul “Sejuta Kenangan’’.

Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu dikendalikan oleh hos Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.

Juara CSOIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini