comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Selena Gomez bilionair termuda AS, nilai kekayaan RM5.6 bilion

Foto: Reuters

NEW YORK: Selena Gomez yang kini bertaraf bilionair, menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

BBC melaporkan, pelakon dan penyanyi berusia 32 tahun itu tersenarai dalam indeks berkenaan pada Jumaat, selepas mengumpul kekayaan bernilai AS$1.3 bilion (kira-kira RM5.63 bilion).

Kekayaan selebriti itu hasil terutamanya daripada syarikat alat solek Rare Beauty diasaskannya lima tahun lalu, yang mana beliau mengekalkan pegangan bernilai lebih AS$1 bilion (kira-kira RM4.33 bilion), menurut anggaran penerbitan indeks berkenaan.

Kejayaan Rare Beuty menjadikannya seorang daripada bilionair wanita termuda dalam senarai itu, bersama-sama dengan Taylor Swift dan Rihanna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Rare Beauty yang terkenal dengan pemerah pipi cair dan pewarna bibir sangat tular media sosial, dilaporkan merekodkan jualan bersih AS$400 juta (kira-kira RM1.7 bilion) dalam tempoh 12 bulan hingga Februari lalu.

Gomez juga membawa masuk berpuluh-puluh juta dolar daripada kerjasama dengan jenama lain seperti Louis Vuitton, Coach dan Puma.

Beliau juga membawa pulang sekurang-kurangnya AS$6 juta (kira-kira RM26 juta) setiap musim dalam siri televisyen popular “Only Murders in the Building” yang baru-baru ini diperbaharui untuk musim kelima.

Selena turut menerima beberapa pencalonan untuk Anugerah Emmy dan Grammy.

Beliau yang dilahirkan di Texas menghabiskan hampir tiga dekad hidupnya di mata umum, termasuk menerima perhatian kerana fesyen, kisah cinta dan masalah kesihatan apabila didiagnosis gangguan bipolar dan mengalami penyakit lupus.

Penyanyi itu menjadi wanita paling ramai pengikut di dunia di Instagram, pada tahun lalu, lebih daripada 424 juta peminat di platform itu, sekali gus mengatasi Swift dan Kylie.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini