comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Saat gelap Kunto Aji, alami serangan kerisauan dizahir dalam lagu

Foto: Kunto Aji

KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik senyuman dan keramahan susuk tubuh seorang penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu Kunto Aji, beliau pernah berperang dengan masalah kesihatan mental.

Kebelakangan ini, muzik dilihat sangat bermanfaat dalam bidang kesihatan mental di mana ianya dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

Artikel berkaitan: Malam “Nostalgia” Kunto Aji di Kuala Lumpur

Penerapan muzik menggunakan terapi bunyi yang dicipta khas di dalam beberapa aplikasi bagi membantu untuk menurunkan serangan kerisauan atau ‘anxiety attack’ mula mendapat perhatian ramai.

Selain mendekatkan diri dengan Tuhan, bermeditasi, menjaga pemakanan dan menjaga kualiti tidur, Kunto Aji menjadikan muzik sebagai terapi di kala panik menyerang.

Foto: Kunto Aji

Beliau turut membicarakan tentang kesihatan mental di dalam album kedua “Mantra Mantra” yang mengandungi sembilan lagu yang mengangkat isu kesihatan mental berdasarkan pengalaman peribadi beliau.

Kunto Aji turut berkongsi tips mengenai cara menangani penyakit serangan kerisauan ketika sidang media di Zepp, Kuala Lumpur sebelum pembuka acara konsert beliau yang dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung “Nusafest Presents” kelmarin. .

Penyakit serangan kerisauan atau anxiety attack adalah tindak balas automatik badan yang dicetuskan apabila kita berasa terancam, di bawah tekanan atau menghadapi situasi yang mencabar.

Foto tangkap layar Tiktok Noh Salleh

Semalam, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh turut memaklumkan beliau mengalami serangan kerisauan (anxiety) akibat gangguan gastrik di Instagram Story.

Antara tanda serangan kerisauan adalah berdebar, nafas laju, sukar bernafas, perut tidak selesa dan pening.

Amalkan gaya hidup sihat dan berjumpa dengan pakar untuk sokongan dan bantuan.

Loading...
Terkini