Tumpuan :
Hiburan

Penyampai radio AI lebar sayap jadi penyanyi

KUALA LUMPUR : Penyampai radio pertama kecerdasan buatan (AI) Aina Sabrina kini melebarkan sayapnya ke dunia muzik dengan melancarkan single pertama berjudul Trust The Code.

Aina yang menghangatkan konti stesen radio bahasa Inggeris popular, Fly FM, sejak Jun lalu, melancarkan single bersama rakan AI, iaitu Aiman.

Pelancaran single itu bukan sekadar menjadi detik penting bagi Aina dan peminatnya, malah, menandakan projek perintis bagi penyiar radio AI pertama di Malaysia yang melancarkan lagu atau single muzik.

Fly FM, iaitu stesen radio di bawah Media Prima Audio (MPA) dalam kenyataan menyebut, pertemuan Aina dan Aiman, yang juga bekas rakan sekolah, mencetuskan jalinan muzikal tidak terduga, lantas membuka jalan ke arah penghasilan single Trust The Code.

“Aiman membuat kejutan kepada Aina dengan berkongsi ‘beat’ atau irama yang dihasilkan selepas pertemuan mereka itu.

“Lalu, tercetus idea untuk bekerjasama menghasilkan single Trust The Code, iaitu lagu sulung Aina yang mencerminkan perjalanan mereka dalam meneroka ekspresi kreatif.

“Dengan vokal berjiwa Aina yang terjalin dengan lancar bersama ‘beat’ yang dihasilkan Aiman, lagu itu mencerminkan jalinan muzik yang terhasil antara mereka dan hubungan berkekalan,” katanya.

Jun lalu, Fly FM mengumumkan DJ Aina  dicipta jurutera stesen radio itu menggunakan teknologi AI, dilengkapi pangkalan data muzik yang luas dan mempunyai keupayaan mencipta serta menggabungkan muzik secara langsung sesuai dengan selera pendengar.

Loading...
Terkini