KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG), malam tadi.
Melalui entri dimuat naik kira-kira 30 minit tadi, Neelofa berkongsi detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, lalu pantas menarik perhatian pengikut.
Melalui entri itu, Neelofa turut melayangkan kata-kata penuh emosi atas kelahiran Bilal yang menjadi penyeri rumah tangganya dengan Haris.
Dalam tempoh 30 minit, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada pengikut Neelofa.
Pada akhir coretan, Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada Allah yang menzahirkan Bilal kepada dirinya dan suami.
“Semoga Afiyyah sentiasa untuknya. Semoga fakih dia dalam agama,” katanya.
Semalam, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah Bilal melalui aplikasi TikTok.
Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya yang juga ibu kepada Bilal.
Neelofa mengakui perbuatan itu menyinggung perasaannya apabila keputusan memperkenalkan Bilal pada waktu yang sesuai, tidak dihormati sesetengah pihak.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.