comscore
Tumpuan :
Hiburan

Metahuman ‘Nike Ardilla’ muncul buat persembahan, ubati rindu peminat

Foto: TikTok/didinfelani

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia era 90-an , Allahyarham Nike Ardilla muncul dalam bentuk teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di Synchronize Fest 2024, lapor agensi berita Antara.

Ia sekali gus mengubati kerinduan peminat muzik Indonesia yang dapat menyaksikan persembahan penyanyi terkenal sepanjang zaman dalam sejarah muzik negara itu.

“Apa khabar Synchronize Fest? Terima kasih kepada semua yang hadir di sini. I love you too, bagaimana lagu seterusnya? Lagu yang ada bintang-bintangnya. Bintang Kehidupan,” ujar metahuman Nike Ardilla di hadapan ribuan peminat Synchronize Fest 2024 di JIExpo Kemayoran, Jakarta, pada Jumaat.

Metahuman Nike Ardilla turut menyanyikan lagu-lagu hit seperti Seberkas Sinar dan Bintang Kehidupan dalam suasana secara langsung di pentas, lantas mengundang rasa nostalgia di hati para peminatnya.

Turut tampil, penyanyi-penyanyi lain membawakan lagu hit Nike Ardilla seperti Aku Tak Akan Bersuara, Cintaku Padamu, dan Sandiwara Cinta ialah Bonita, Danilla, Fanny Soegi, Putri Ariani, dan Tantri Kotak.

Ini bukan kali pertama metahuman Nike Ardilla tampil membuat persembahan. Sebelum ini, penyanyi, Melly Goeslaw yang juga sahabar karib Allahyarham turut memuat naik sebuah video klip lagu berjudul Bertemu Kembali, yang memaparkan metahuman Nike Ardilla berduet bersamanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini